Telusuri
24 C
id
  • Internasional
  • Daerah
  • Bisnis
  • Agama
  • Keluarga
  • Kontak
  • Iklan
Amas Persada News
pasang
  • Home
  • Politik
    • All
    • Politik
    • Pemerintahan
    • Pilkada
    • Tokoh Politik
  • Pemerintahan
    • Pemerintahan
  • Olahraga
  • Pendidikan
  • Kesehatan
  • Organisasi
Amas Persada News
Telusuri
Beranda Salah Satu Pesan Allah Dan Muhammad Pada Mimpi Muhammad Qasim Salah Satu Pesan Allah Dan Muhammad Pada Mimpi Muhammad Qasim

Salah Satu Pesan Allah Dan Muhammad Pada Mimpi Muhammad Qasim

Redaksi APN
Redaksi APN
26 Agu, 2025 0 0
Facebook
Twitter
Telegram
WhatsApp


 ALLAH SUBHANAHU WATA'ALA DAN MUHAMMAD SALLALLAHU ALAIHI WASALLAM DI DALAM MIMPI MUHAMMAD QASIM BIN ABDUL KARIM

_________________


RANGKAIAN PERISTIWA DARI MIMPI-MIMPI


Bismillahirrahmanirrahim


Aku telah melihat di dalam banyak mimpi betapa Islam dan umat Islam akan bangkit semula ke seluruh dunia. 


Jika aku menggabungkan beberapa bahagian dari mimpi-mimpi yang baru dan mimpi-mimpi yang lama, maka sebuah adegan seperti yang berikut ini terbentuk, dan juga menjadi jelas bahawa banyak perkara akan berlaku.


Ketika Allah menolongku dan ketika berita mimpi-mimpiku tersebar ke seluruh dunia, aku mendapatkan sangat banyak kekayaan, aku tidak ingat berapa jumlahnya yang tepat, dan perlahan-lahan jumlahnya menjadi billion dollar. 


Maka aku pun berfikir, “Apa guna semua kekayaan yang aku miliki ini?” Dan kemudian aku menyalurkan harta kekayaan ini kepada rakyat. 


Nabi Muhammad ï·º melihat semua ini dan menyukai kebiasaanku, iaitu Qasim sedang membelanjakan kekayaan ini di jalan Allah daripada

menggunakan kekayaan ini untuk menjalani kehidupan yang mewah. 


Maka Nabi Muhammad ï·º meminta Allah untuk menjadikan Qasim sebagai pemimpin Pakistan dan Allah ï·» berfirman bahawa memang itulah yang akan terjadi. 


Dan serentak dengan itu, Nabi Muhammad ï·º juga telah memberikan kesaksian kepada ketua tentera bahawa Qasim tidak berbohong pada sesiapa pun, dan mimpi-mimpinya adalah benar dan semua itu datang dari Allah.


Kemudian seluruh rakyat Pakistan mula berkata bahawa, “Pemimpin negara ini sepatutnya adalah Qasim yang tidak mencintai harta benda tetapi malah menyalurkannya kepada orang ramai.” Dan ramai umat Islam di seluruh dunia dan tentera Pakistan juga menginginkan agar dia menjadi pemimpin. 


Nabi Muhammad ï·º juga telah mengatakan hal ini bahawa, “Qasim, aku menginginkan kamu untuk menjadi pemimpin di Pakistan.” Dan aku pun berkata, “Bagaimana caranya aku boleh melakukan itu semua? Aku hanyalah orang biasa.” 


Kemudian Nabi Muhammad ï·º bersabda, “Qasim, jadilah seorang

pemimpin. Apa pun yang engkau katakan, Allah akan membuatnya menjadi kenyataan dan Dia akan mengabulkan doa-mu.” 

Aku pun berkata, “Apapun yang anda perintahkan.” Rakyat Pakistan dan tentera menjadikanku pemimpin mereka. 


Perkara yang pertama-tama telah aku lakukan adalah membersihkan Pakistan dari segala bentuk kesyirikan pada seluruh tingkatan pemerintahan, dan serentak dengan itu orang-orang mula memintaku untuk memperbaiki semua masalah sebagaimana yang telah aku lakukan dalam mimpi.


Kemudian aku mendapat kerisauan bahawa, “Apa yang patut aku lakukan? Itu semua hanyalah mimpi- mimpi dan tidak lebih dari itu.” 


Aku hanya berkata kepada orang-orang bahawa “Awan-awan akan datang sekarang dan awan-awan tersebut akan mencurahkan hujan yang sangat lebat dan bumi akan mengeluarkan kekayaan-kekayaannya.”


Maka aku melihat bahwa awan-awan mula berkumpul dan mencurahkan hujan yang amat lebat dan bumi mula mengeluarkan khazanahnya. 


Semua orang kagum kerana melihat ini dan aku lebih kagum lagi, bahawa aku hanya sekadar berkata itu supaya orang-orang meninggalkanku sendirian, tetapi Allah telah mengubahnya menjadi satu kenyataan. 


Maka Allah berfirman dari langit: “Qasim, apa pun yang engkau katakan, Aku akan menyelesaikannya walaupun itu adalah sesuatu yang mustahil, Aku akan membuat rencana seperti itu dengan rahmat-Ku, Aku akan mengubah itu menjadi kenyataan”. 


“Dan Qasim Aku tidak akan pernah membuatmu merasa malu di depan sesiapa pun. Dan apa pun yang engkau katakan itu, Aku-lah yang akan menyelesaikannya dan itu mudah bagi-Ku.”


Dan aku berkata kepada orang ramai bahawa, “Allah ï·» bersama kita dan Dia akan menolong kita dari tempat yang tidak terlihat, maka mari kita atasi orang-orang barat di setiap bidang dengan rahmat dan pertolongan dari Allah dan membuat kita sangat cerdas dan membebaskan fikiran kita dari kekejian-kekejian dan keburukan keburukan.”


Kemudian aku membersihkan seluruh Pakistan dari segala bentuk kekufuran, dan kemudian aku memberitahu orang ramai bahawa “Allah dan Nabi Muhammad ï·º telah menunjukkan kepadaku jalan yang benar melalui mimpi-mimpi sehingga kamu semua sepatutnya mengikuti jalan tersebut.” 


Kemudian aku menghapuskan semua aliran dan menyatukan mereka menjadi satu umat Islam. Aidil Fitri berlaku pada satu hari (yang sama) dan azan juga mula dikumandangkan pada satu waktu yang tetap, kami menghapuskan sistem bunga dan membentuk sistem perbankan yang bebas dari bunga, dan segala bentuk penindasan dan terorisme telah ditumbangkan.


Keadilan dan kesetaraan telah menang dan satu sistem keadilan terbentuk maka seluruh dunia menjadi terkejut, dan satu sistem pemerintahan telah terbentuk sehingga setiap rakyat jelata boleh mempersoalkan tindakan-tindakan perdana menteri, ketua tentera, dan ketua-ketua dari kementerian yang lain dan mereka semua terikat untuk menjawab pertanyaan-pertanyaan dari setiap rakyat biasa.


Pakistan mula berkembang dengan pesat dan cepat. Kedamaian dan ketenangan telah mula tersebar dengan sangat cepat di Pakistan. 


Setelah melihat semua ini, India mencuba untuk menghentikan Pakistan dari tumbuh makmur dan mula membuat persiapan-persiapan untuk menyerang Pakistan. 


Tentera dan rakyat Pakistan juga mula mempersiapkan diri, tetapi aku tidak ingin mewujudkan peperangan kerana aku tahu perang ini akan menakutkan. Di samping itu, ada ramai orang Islam yang tinggal di India. 


Jadi aku meminta Allah untuk melakukan sesuatu dan meminta-Nya untuk mencegah perang ini. Kemudian Allah mengirim jet-jet tempur hitam hebat dalam jumlah ratusan dengan pertolongan-Nya. 


India menjadi ketakutan setelah melihat jet-jet tempur hitam ini (dan mereka berkata), “Bagaimana Pakistan boleh mendapatkan jet-jet tempur ini?” 


Orang-orang di seluruh dunia dan bahkan jurutera-jurutera ketenteraan dari Amerika Syarikat menjadi kehairanan dan cemas. Dan kemudian aku berkata kepada India, “Adakah kalian sedia bertempur dengan jet-jet tempur yang tak terkalahkan ini?” 


Pemerintah India pun berkata, “Kami tidak ingin menyerang kalian” dan India melangkah mundur dan menarik kembali bala tenteranya dari sempadan, tetapi aku mengambil keuntungan dari jet-jet tempur ini dan menyerang satu tempat terkenal di timur tengah dan membebaskannya. 


Dan inilah yang sebagaimana Allah telah rencanakan dan telah memberikan masa kedamaian bagi Pakistan untuk berkembang. 


Selepas menyaksikan jet-jet tempur hitam ini, ramai umat Islam dari seluruh dunia meninggalkan negara tercinta mereka untuk selama-lamanya dan datang ke Pakistan dan mula memainkan peranan mereka dalam membangunkan kembali Islam. 


Dan kaum muslimin pun mula berkata bahawa, “Betapa Allah telah menolong Qasim dan telah mengubah mimpi-mimpinya menjadi kenyataan. Dan sungguh Allah telah menunjukkan kurniaan yang besar kepada mereka.”


Tetapi ketika kuasa-kuasa yang tidak suka terhadap Pakistan melihat perkara tersebut, bahawa Pakistan tidak dapat dihentikan dari bertambah kuat, mereka mula mencuba untuk menghancurkan Pakistan secara kewangan dan meminta Pakistan untuk mengembalikan pinjamannya kembali, dan kerana kebencian tersebut mereka berkata, “Jika Pakistan tidak dapat mengembalikan hutang tersebut, maka kami akan membebankan dengan tindakan-tindakan kami ke atas Pakistan dan membuatnya sebagai hamba kami sekali lagi.” 


Tetapi Allah menolong kita dalam perkara ini dan dengan keghaiban-Nya telah memberikan kepada kita khazanah kekayaan dan dengan harta kekayaan dari khazanah tersebut kita dapat membayar kembali seluruh hutang yang dikenakan ke atas Pakistan. Dan Pakistan pun berdiri secara merdeka dengan rahmat Allah.


Di Pakistan ada kedamaian dan ketenangan di setiap penjuru, di sini terdapat keberkatan-keberkatan dan kurniaan-kurniaan Allah, dan Allah telah membersihkan Pakistan dari kotoran dan kemaksiatan. 


Ramai non-muslim juga mula datang dan tinggal di Pakistan, dan kami telah memberikan kesetaraan hak bagi seluruhnya dan kami tidak membeza-bezakan sesiapa pun.


Dan Pakistan telah menjadi negara yang paling damai dan negara yang indah di dunia dan kami unggul di dunia pada setiap bidang.


Orang-orang dari seluruh dunia telah mengatakan bahwa tidak hanya sukar untuk menghentikan Qasim, tetapi juga mustahil kerana Allah sendirilah yang membimbing dan melindunginya dan Allah-nya telah menolongnya dan telah mengubah mimpi-mimpinya menjadi kenyataan.


Aku tidak ingat dengan pasti, tetapi Nabi Muhammad ï·º telah bersabda kepadaku untuk datang ke Madinah sepanjang peristiwa ini, maksudku adalah mana yang lebih dulu akan berlaku, antara kita akan membuat pesawat luar angkasa kita sendiri terlebih dahulu atau Nabi Muhammad ï·º memerintahkanku untuk datang ke Madinah.


Dan dalam masa yang singkat, kita mengungguli dunia barat dalam setiap bidang. Kita telah membuat pesawat-pesawat kita sendiri, kapal-kapal, teknologi bangunan tertinggi dan bahkan kita telah membuat pesawat ruang angkasa kita sendiri. 


Kita menjadi berdikari di setiap bidang dan mengatasi dunia ini dengan pertolongan Allah. Dan orang-orang dari seluruh dunia menjadi hairan bahawa, “Bagaimana caranya orang-orang boleh ini mencapai semua ini dalam satu tempoh yang sangat singkat?” 


“Orang-orang ini sangat lemah sebelum ini dan apabila mereka terus berkembang seperti ini maka satu hari nanti orang-orang ini akan menguasai dunia.”


Kemudian Allah ï·» berfirman kepada Nabi Muhammad ï·º bahawa “Qasim telah membangunkan Islam-mu yang sebenarnya di Pakistan,” 


Sehingga Nabi Muhammad ï·º menjadi bahagia setelah mengetahui semua ini dan bersabda kepadaku melalui satu mimpi untuk datang ke Madinah dan bersabda bahawa, “Aku ingin bertemu denganmu. Engkau telah membuatku sangat bahagia setelah melakukan semua itu.” 


Maka aku pergi ke Madinah untuk bertemu Nabi Muhammad ï·º. Nabi Muhammad ï·º bersabda, “Bukankah aku telah memberitahu kamu bahawa Allah ï·» akan menolong kamu dalam segala keadaan?” 


Dan aku berkata bahawa, “Ya, Allah telah mengubah mimpi-mimpiku menjadi kenyataan dan Dia juga telah memberkatiku dalam banyak perkara yang lain.” 


Kemudian Nabi Muhammad ï·º bersabda, “Qasim, pergilah ke Mekah untuk mengucapkan syukur kepada Allah atas segala keberkatan ini bahawa Dia telah sangat bermurah hati kepadamu, dan setelah ini kamu perlu membantu umatku yang sempurna dan kamu mesti mengembalikan Islamku yang sebenar-benarnya di seluruh negara.” 


“Dan engkau akan menunjukkan ke seluruh dunia seperti apakah Islamku yang sebenar-benarnya yang mana telah aku terapkan 1400 tahun yang silam dengan pertolongan Allah.” 


Aku pun berkata, “Ya, in sya Allah apapun yang kamu perintahkan.” Aku pergi dari Madinah ke Mekah, dan di Masjidil Haram beberapa orang telah berkata kepadaku bahwa, “Qasim, sebagaimana engkau membawa Pakistan dan rakyatnya keluar dari kegelapan menuju cahaya dan sebagaimana engkau menerangi setiap rumah di Pakistan, tolong bawalah kami keluar dari kegelapan-kegelapan ini juga dan terangi rumah-rumah kami juga.” 


Aku berkata bahwa “Apa yang aku miliki hanyalah cahaya dari Allah dan aku dapat menerangi dunia dengan cahaya dari Allah ini.” Kemudian orang-orang itu berkata “Ya, tolonglah lakukan itu untuk kami.” 


Setelah itu, banyak perang mengerikan terjadi yang mana aku rasa tidak patut untuk disebutkan. 


Allah ï·» telah menolong kita dan kita telah memperoleh kemenangan dalam semua peperangan ini atas pertolongan Allah, dan segala bentuk terorisme dan penindasan telah dihancurkan. 


Kita pulihkan Islam Nabi Muhammad ï·º yang sebenar-benarnya ke seluruh negara negara Islam. Di seluruh dunia (hanya) ada satu Aidul Fitri dan Ramadhan. Dan sekali lagi Islam tersebar ke seluruh bumi.  Islam berdiri di atas kejayaan dan semua orang menjadi bahagia. 


Di seluruh dunia, taman-taman sedang dibangunkan di mana sahaja di banyak tempat dan taman-taman seperti itu tidak pernah terlihat sebelum ini.


Aku juga telah membuat sebuah taman di satu tempat di mana Nabi Isa a.s akan turun, sehingga Nabi Isa a.s tidak akan menghadapi masalah apa-apa pun ketika beliau tiba. Di seluruh dunia hanya ada satu kad pengenalan dan satu matawang bagi negara Islam. 


Dan kaum muslimin tidak memerlukan visa apa pun untuk pergi dari satu negara muslim ke negara muslim yang lain. 


Ada kendaraan model terbaru yang anti-kemalangan dan sebahagian besar kaum muslimin telah keluar sepanjang waktu menikmati keberkatan dan rahmat dari Allah.


Dan kemudian selepas itu, kita hapuskan kemiskinan dan penindasan dari seluruh dunia. Dan kita menyebarkan kedamaian ke seluruh dunia dan menerapkan keadilan ke seluruh muka bumi. 


Semua ketenangan dan kedamaian itu tetap bertahan selama bertahun-tahun di seluruh bumi. Bertahun-tahun kemudian, tiba-tiba dajjal muncul.


#MimpiBenar

Facebook
Twitter
Telegram
WhatsApp
Postingan Lama Tak ada hasil yang ditemukan
Postingan Lebih Baru

Anda mungkin menyukai postingan ini

Posting Komentar

- Advertisment -
Responsive Advertisement
- Advertisment -
Responsive Advertisement

Berita Pilihan

Salah Satu Pesan Allah Dan Muhammad Pada Mimpi Muhammad Qasim

Redaksi APN- Agustus 27, 2025 0
Salah Satu Pesan Allah Dan Muhammad Pada Mimpi Muhammad Qasim
ALLAH SUBHANAHU WATA'ALA DAN MUHAMMAD SALLALLAHU ALAIHI WASALLAM DI DALAM MIMPI MUHAMMAD QASIM BIN ABDUL KARIM _________________ RANGKAIAN PERISTIWA DARI …

Berita Populer

Helper Qasim, Krisis Narasi Dari Ulama Dan Kebutuhan Pengetahuan Masyarakat Bertanya Situasi Kontemporer Berbagai Hal

Helper Qasim, Krisis Narasi Dari Ulama Dan Kebutuhan Pengetahuan Masyarakat Bertanya Situasi Kontemporer Berbagai Hal

Agustus 25, 2025
Kisah Sukses Berkat Amalkan Pesan Sayyid Muhammad Qasim

Kisah Sukses Berkat Amalkan Pesan Sayyid Muhammad Qasim

Agustus 24, 2025
Amas Siap Orasi Di Demo Tandingan Bela Gubernur Jatim Khofifah, Gelorakan Tagar #RakyatJagaIbuKhofifah

Amas Siap Orasi Di Demo Tandingan Bela Gubernur Jatim Khofifah, Gelorakan Tagar #RakyatJagaIbuKhofifah

Agustus 23, 2025

Recent Comments

Berita Pilihan

Ketua Fraksi PKS Kab PPU Kalimantan 2019-2024 Dan Kepala Dinkes Kaltim Temui Sayyid Muhammad Qasim

Ketua Fraksi PKS Kab PPU Kalimantan 2019-2024 Dan Kepala Dinkes Kaltim Temui Sayyid Muhammad Qasim

Oktober 11, 2024
Komandan Pengawas Barisan Yang Menjaga Sekitar Kita, Go A Head Tim Pengawas Intelejen DPR-RI!

Komandan Pengawas Barisan Yang Menjaga Sekitar Kita, Go A Head Tim Pengawas Intelejen DPR-RI!

Desember 05, 2024
Banteng Pusing, Kunjungan Prabowo Kejutkan 2 Kandang PDIP Di Pilkada, Dari Bali Lanjut Temui Jokowi Di Solo

Banteng Pusing, Kunjungan Prabowo Kejutkan 2 Kandang PDIP Di Pilkada, Dari Bali Lanjut Temui Jokowi Di Solo

November 04, 2024

Trending News

Helper Qasim, Krisis Narasi Dari Ulama Dan Kebutuhan Pengetahuan Masyarakat Bertanya Situasi Kontemporer Berbagai Hal

Helper Qasim, Krisis Narasi Dari Ulama Dan Kebutuhan Pengetahuan Masyarakat Bertanya Situasi Kontemporer Berbagai Hal

Agustus 25, 2025
Kisah Sukses Berkat Amalkan Pesan Sayyid Muhammad Qasim

Kisah Sukses Berkat Amalkan Pesan Sayyid Muhammad Qasim

Agustus 24, 2025
Amas Siap Orasi Di Demo Tandingan Bela Gubernur Jatim Khofifah, Gelorakan Tagar #RakyatJagaIbuKhofifah

Amas Siap Orasi Di Demo Tandingan Bela Gubernur Jatim Khofifah, Gelorakan Tagar #RakyatJagaIbuKhofifah

Agustus 23, 2025
Amas Persada News

About Us

Amas Persada News Menyajikan Berita Akurat dan Terpercaya, Enak dibaca dan Mendobrak Fakta

Contact us: amaspersadanews@gmail.com

Follow Us

© Copyright Amas Persada News 2024 apn
  • Redaksi
  • Disclaimer
  • Privacy
  • Sanggah/Jawab
  • Iklan
  • Syarat dan Ketentuan
  • Kontak