PERANG DUNIA KETIGA BERMULA (2017)
PERANG DUNIA KETIGA BERMULA (2017)
Bismillahirrahmanirrahim
Dalam sebuah mimpi pada 3 Mac 2017, aku melihat Turki runtuh dan kehancuran berlaku di mana-mana. Sejurus selepas itu, Israel menjadi sangat aktif. Mereka meningkatkan operasi mereka di sekitar Palestin dan mereka juga membina sebuah benteng untuk Dajjal.
Dan kaum muslimin tidak dapat melakukan apa-apa kecuali tunjuk perasaan. Kemudian Israel membentuk pakatan dengan negara-negara lain dan menyebarkan kerosakan. Amerika adalah salah satu pembantu mereka dan menolong Israel dengan menyumbangkan intelejen mereka.
Ketika Rusia mengetahui perkara ini, mereka segera membentuk pakatan dengan negara-negara yang berada berhampirannya dan Rusia juga menjadi aktif dan berlumba dengan yang lain dalam menguasai kawasan-kawasan di Timur Tengah. Ia terlihat seakan-akan mereka semua ingin menguasai seluruh dunia.
kemudian USA secara terang-terangan masuk ke Timur Tengah dan mereka bertemu dengan Israel dan sekutu-sekutunya untuk melawan kumpulan pakatan Russia. Ia menyebabkan Russia dan sekutu-sekutunya melawan balik, maka berlakulah perang dunia ketiga di mana medan pertempurannya adalah negara-negara Timur Tengah sehingga menyebabkan kehancuran yang paling buruk berlaku di sana.
Dan ini mengakibatkan sangat ramai kaum muslimin dibunuh. Perang tersebut menjadi sangat dahsyat dan menakutkan sehingga kaum muslimin tidak dapat melawan balik dan tidak juga seorang pun berani datang untuk membantu mereka.
Pertumpahan darah sedikit demi sedikit mula tersebar ke negara-negara seperti Mesir, Sudan, Arab Saudi, Kuwait, UAE dan hampir semua kawasan di Timur Tengah.
Pakatan Israel terus mendapat lebih banyak sekutu, dan bahkan ada juga negara muslim yang menjadi sekutu kepada Amerika atau Rusia. Kedua-dua negara superpower itu berkeinginan untuk menguasai sebahagian besar wilayah dan apa sahaja kawasan yang mereka dapatkan, mereka mempertahankannya dengan kuat dan terus berperang antara satu sama lain sambil mengorbankan kaum muslimin.
Pada sisi yang lain, Pakistan bertambah kuat dan mula berkembang tetapi India yang bersekutu dengan Israel mula menyerang Pakistan. Amerika, Israel dan bahkan banyak negara timur yang lain membantu India melawan Pakistan. Mereka semua berniat untuk menghancurkan Pakistan secara keseluruhan.
Maka Pakistan memiliki ramai musuh, tetapi Allah s.w.t melindungi Pakistan dengan 3000 jet tempur hitam dan perang melawan Pakistan pun dimulakan. Dan dengan pertolongan Allah, Pakistan menang ke atas semua musuhnya.
Pakistan menakluki seluruh India, dan juga Bangladesh dan Afghanistan. Dan selepas Pakistan menang ke atas India, Indonesia dan Malaysia juga menjadi sekutu Pakistan.
Kemudian Pakistan terjun ke Timur Tengah dengan izin Allah s.w.t mereka bertempur melawan kedua-dua negara superpower itu dengan menggunakan jet tempur hitam yang hebat. Pakistan menyerang dengan cara yang tidak dapat dihentikan oleh sesiapa pun.
Setelah mengalahkan kedua negara superpower itu, Pakistan menjadi negara superpower dan mengasingkan diri daripada dunia. Pakistan menguasai semula wilayah Timur Tengah dan negara-negara Arab.
Semua wilayah ini menjadi sebahagian dari Pakistan dan mereka mula membangunkan kembali wilayah-wilayah tersebut. kemudian Islam Nabi Muhammad s.a.w yang sebenarnya mula tegak di wilayah-wilayah itu dan kedamaian akhirnya tersebar selepas perang paling dahsyat dalam sejarah manusia berlaku.
#MimpiMuhammadQasim
#AlMubassyirat #LihatPetunjukAllah
#JauhiSyirik #BeritaAkhirZaman
https://muhammadqasimpk.org/id


Posting Komentar